[PSA] Kalau Kamu Rasa Rokok Itu Halal
[PSA] Kalau Kamu Rasa Rokok Itu Halal, kenapa tidak kamu mulakan dengan Bismillah sebelum merokok dan sudahi dengan Alhamdulillah selepas merokok? Jika kamu lihat merokok itu sesuatu yang normal, kenapa sewaktu mula merokok dahulu kamu mencuri-curi merokok, dan tidak merokok di hadapan ibu bapa?
Jika kamu rasa rokok adalah kasih sayang daripada Allah s.w.t atas kurniaan rezeki, kenapa kamu pijak putung rokok dengan kasut untuk mematikan bara? Tidakkah itu menghina rezeki yang Allah beri? Jika kamu rasa merokok itu sesuatu yang menyeronokkan dan dapat memberi ilham, kenapa tidak kamu ajarkan atau galakkan anak kamu untuk merokok?
Artikel Berkaitan:
Berfikirlah sebelum terlambat. Berhenti sebelum mati. Rokok itu haram! Rokok itu memudaratkan dan langsung tidak memberi apa-apa faedah. Membahayakan diri sendiri dan juga masyarakat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment