[Photography] Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan
[Photography] Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. “Lake Garden” satu tempat yang menjadi lagenda buat aku. Dulu aku panggil ‘Lake Garden’ kalau sobut taman tasik memang sei tak tahu do. Seawal tahun 1980an sebelum masuknya tahun 2000 Taman Tasik Seremban dahulunya ada Taman Burung. Segala jenis burung ada, dari yang besar hinggalah yang kecil.
Sesudah penat berjalan melihat burung-burung ada satu restaurant di penghujung tasik. Restaurant A&W. Apa yang menariknya tentang restaurant ialah, dari aku kecil sampailah sekarang masih lagi beroperasi. Lokasi restaurant A&W tersebut memang sangat-sangat strategik dan menarik. Kalau akulah pemiliknya, sudah tentu aku tidak akan melepaskan tapak tu. Nampak tak dalam gambar restaurant A&W tu?
Masjid Negeri, Jabatan Pendidikkan Negeri, Perpustakaan Negeri, Tenaga Nasional Berhad, semuanya ada berdekatan dengan Taman Tasik Seremban ni. Jadi tidak hairanlah mengapa tempat letak kereta di Taman Tasik Seremban ini sentiasa penuh. Ada juga taman rekriasi lain yang berdekatan dengan Taman Tasik Seremban ini. Hotel Allison Klana juga berdekatan sahaja.
Dahulu sebelum di tadbir oleh Menteri Besar sekarang, keadaan di Negeri Sembilan cukup mengecewakan, tiada langsung pembangunan, kalau ada pun banyak projek terbengkalai. Pada aku menteri yang ada sekarang adalah menteri yang memang bekerja untuk rakyat Negeri Sembilan. Boleh dikatakan menteri sekarang ini banyak menyelesaikan perkara yang tidak sudah sebelum pentadbirannya, membaik pulih keadaan apa yang sudah berlaku sebelumnya dan menambahbaik keadaan yang ada sekarang.
Jika ada perkaitan dengan politik, memang akan ada yang tidak suka padanya. Pada aku, aku menolak perihal politik, aku mengambil kira perihal baktinya pada rakyat. Tidak seperti menteri yang mentadbir Negeri Sembilan sebelum ini.
Hujan pada mulanya dah berhenti, tetiba renyai-renyai. Tak dapat dah nak snap gambar lagi. Hujan makin lebat. Tempat ini berhadapan dengan Masjid Negeri. Dan selalu juga menjadi tempat mereka untuk mengambil gambar outdoor wedding. Cantik juga trek plaza walk ni.
Kalau haritu tak hujan boleh sekodeng kura-kura. Memang banyak kura-kura kat Taman Tasik Seremban ni. Tak kurang ada juga pemancing. Pagi atau waktu petang ramai orang jogging. Di sinilah juga tempat aku jogging yang kadang-kadang terbabas jogging atas katil je..hahaha.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
cantik tempat ni....harap tak disemakkan dengan pasangan bercinta...
ReplyDelete